"Ya Allah. If I am to fall in love, let me touch the heart of someone whose heart is attached to you ♥"
Dear my future husband (=
Saya menulis di sini kerana saya adalah perempuan yang tak mampu untuk berhadapan dengan awak. Saya menulis kerana saya ialah perempuan yang kehilangan suara jika berhadapan dengan awak. Saya menulis kerana saya tidak mampu untuk mengucapkan ‘saya cintakan awak’ tanpa saya akan gagap dan pengsan sesudah itu.
Kerana ucapan ‘aku cinta padamu’ atau ‘saya cintakan awak’ itu ialah ucapan yang berat dan penuh mendalam. Dan ucapan itu ialah ucapan yang hanya wujud pengucapannya dalam dunia drama atau novel sahaja.
Juga saya menulis kerana untuk menceritakan apa yang saya rasa kepada awak tanpa mampu untuk menatap mata awak adalah mustahil. Dan tanpa memandang ke wajah serta mata awak, mungkin awak tak akan mempercayai segala apa yang saya perkatakan.
Sejak bila ya. Saya pun tak pasti apa jawapannya. Tapi satu perkara yang saya pasti iaitu kita tidak pernah terlalu awak atau terlalu lewat untuk jatuh cinta. Cinta itu boleh saja muncul tanpa kita sedari kerana Tuhan yang bertanggungjawab mencampak rasa itu kedalam hati kita.
Kenapa, bagaimana dan mengapa, saya kira tak perlu saya jawab kerana jika ada jawapan pastinya jawapan itu akan ada unsur ketidakjujuran dan tokok tambah. Kerana manusia, sifatnya inginkan pujian dan kata-kata manis. Lalu manusia yang mengagumi manusia lain akan sedaya upaya menuturkan kata-kata indah agar dapat menawan manusia yang dikaguminya. Saya tak mahu begitu. maka biarlah cinta saya kepada awak tidak bersebab.
Saya tahu jodoh pertemuan ditentukan Tuhan. Tapi saya akan terus berdoa dan mengharap awaklah jodoh yang dikirim Tuhan untuk saya.
The best gift to give is dua !
Awak, cinta itu penyakit dan ubatnya adalah perkahwinan. Saya berdoa agar Tuhan memelihara rasa ini. Kerana cinta sebelum kahwin banyak maksiatnya. Tapi , cinta selepas kahwin penuh dengan keberkatan dari-Nya
Maaf kerana menulis surat ini. Apa pun Tuhanlah yang memberi ilham dan menggerakkan naluri.
Sincerely ,
your demanding wifey ^^,
;’) beruntunglah ‘awak’ itu.