Bismillah ~
 |
Oh tidaaaaaaaakk :O |
Sekarang memang ketara , majoriti orang sekarang ada Facebook . Tanya jee kak limah kat belakang rumah tu , komfem dye ade jugak :p Facebook ni nampak simple je , macam xde keburukannya . tapi ketahuilah dosa awak semua banyak berkumpul di Fb , mungkin sesetengah tidak bg yang xde Fb*hebat sape yg xde tuh :'D*
Jadi , sekarang saya nak fokus kat satu point penting yang nampak senangg je pada kita tapi hakikatnya memang parah . Bertabarruj di Facebook nak senang faham iaitu 'terlebih gambar' . Sikap suka menunjuk-nunjuk gambar boleh dikaitkan dengan tabarruj , iaitu suatu dosa yang dianggap remeh .
Tabarruj ? Apa tu ?
Menurut syariah, tabarruj adalah setiap perhiasan atau kecantikan yang ditujukan wanita kepada mata-mata orang yang bukan muhrim.
awak upload beratus tunjuk gambar awak cantik-2 cun-2 tu tabarruj la
“Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu dan dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat dan taatilah ALLAH dan Rasul-Nya. Sesungguhnya ALLAH bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.”
(QS. Al-Ahzab 33)
Yupp , tabarruj tu seorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya
sedang snap-2 gamba , "Eh gamba nie nampak cantiklah , kene taruh masuk pesbuk nie , buat DP"
tengah posing-2 , "Better aku fokus kat muke , bia orang tau aku xmakeup nampak pure cantik aku ni"
Istighfarlah sesiapa yang pernah terniat macam tuh , xde kebaikan . tu yang pasti . dapat dosa lg adela.
Allah berfirman :
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan jangalah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”
See , Allah dah larangg dalam ayat Al Quran lg tu , pelihara aurat , jangan menampakkan kecantikan.
don't do this
Dengan inilah Allah melarang bermake-up berlebih lebihan . Larangan seperti ini hanya sanggup ditaati oleh wanita-wanita yang beriman sahaja kerana takut kepada kemurkaan Allah dan seksaan dari-NYA. Berikut pula mari kita renungi firman Allah khasnya yang ditujukan kepada isteri-isteri Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Hai isteri-isteri Nabi(a.s), kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kau bertaqwa. Kerana itu janganlah kamu terlalu lunak dalam bicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada perasaan serong di dalam hatinya, tetapi ucaplah perkataan yang baik.”
(Al-ahzab: 32)
Islam itu mudah . Nak makeup boleh , namun mestilah bersederhana dan tidak melampau. contohnya sekiranya hari-hari biasa hanya pakai bedak selapis . takperlulah bazir duit beli lipstick n segala macam alat solek . Bukan setakat makeup , pakai perfume pon haram , mendekati zina namenye tuh .
Baca hadis di bawah :
“Andainya wanita keluar dari rumah serta memakai bau-bauan, maka dia sudah dianggap melakukan perzinaan”
Penggunaan wangi-wangian sembur atau jenis jenis bauan bagi kaum wanita diwaktu keluar dari rumah adalah dilarang, kerana syari’at Islam, apabila melarang perzinaan, maka segala sumber-sumber dan cirri-ciri yang membawa kepada perbuatan keji tadi semuanya juga dilarang.
Baca larangan Allah pon mesti dah takutkan nak bertabarruj , sape-2 yang mungkin terlupa , ingatlah balik larangan Allah ni bila berpesbuk . Nak tahu x apa kesan buruk dengan perbuatan ni ?
Tabarruj dan ikhtilath (hubungan antara lelaki dan perempuan) adalah maksiat kepada ALLAH dan Rasul-Nya
Dan barangsiapa bermaksiat kepada ALLAH akan merasakan akibatnya. Sama sekali tidak akan membahayakan ALLAH. Rasulullah saw. bersabda, “Setiap umatku akan masuk syurga kecuali yang tidak mahu.”
Mereka (sahabat) bertanya, “Ya Rasulullah, siapakah yang tidak mahu?” Beliau bersabda, “Barangsiapa taat kepadaku akan masuk surga dan barangsiapa bermaksiat kepadaku ia orang yang tidak mahu.”
(HR. Bukhari)
Tabarruj dan ikhtilath termasuk dosa besar
Kerana kedua hal ini merupakan sarana paling kuat terhadap perbuatan zina. Di riwayat yang shahih dari Ahmad diceritakan bahwa Umaimah binti Raqiqah datang kepada Rasulullah saw. Untuk berbaiat kepada beliau dalam membela Islam. Beliau bersabda, “Aku membaiatmu agar kamu tidak menyekutukan ALLAH dengan sesuatu, tidak mencuri, tidak berzina, tidak membunuh anakmu, tidak melakukan kebohongan dari hadapanmu (karena perbuatan lisan dan kemaluan), tidak meratapi (orang mati), dan tidak tabarruj dengan tabarruj jahiliyah pertama.”
(HR. Bukhari)
Dan kalau Allah nak binasakan manusia yang melanggar perintahnya , Allah xmusnahkan mereka itu sahaja , satu negari kena , semua umat muslimin bertanggugjawab .
Baca hadis :
“Dan jika kami hendak membinasakan suatu negeri, maka kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati ALLAH) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan kami), kemudian kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”
(QS. Al-Isra’: 16)
Subhanallah , sudah pasti kita semua xnak termasuk dalam golongan tu kan .
Islam agama yang menghendaki kita bersederhana. Janganlah berlebih-lebihan meletak gambar, seolah-olah saling berlawan siapakah memiliki paling banyak gambar. Astaghfirullah , Jika tersangat beringinan untuk menunjukkan wajah diri sebagai pengenalan diri , cukuplah sekadar meletak satu gambar dengan syarat gambar tersebut tanpa aksi-aksi tertentu yang mampu menarik perhatian orang luar.
Mudah-mudahan kita mampu melawan sifat ingin menunjuk-nunjuk ini.
Baeeek , mulalah berubah. Anda mampu untuk mengatasi penyakit ini , dosa ini !
Clown , awak TABARRUJ =,=''
Kan lebih baik macam ni , berniqab menutup aurat
#I wanna be part of them insyaAllah
Syukran ~
Mudah mudahan kita mendapat petunjuk dan hidayah dari Ilahi dan permudahkan urusan kita untuk berubah , AMINN